BUKU DIGITAL

Ebook dari MOMENTUM INTERNET SDN BHD
Patrick Jones - Course author

Najib Asaddok

Master Trainer
Najib Asaddok merupakan pengasas kepada syarikat Momentum Internet Sdn Bhd yang fokus membantu dan membimbing usahawan dan Bisnes Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang Pemasaran Digital. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawan, pemasaran dan jualan sejak tahun 2005.

Beliau telah melatih lebih ratusan ribu usahawan dan PKS dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dalam bidang Pemasaran Digital dan menjadi rujukan kepada usahawan yang melebarkan sayap melalui pemasaran digital. Melalui kepakaran, kemahiran dan ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai jualan ribuan sehingga ke jutaan ringgit setiap tahun dengan Formula Online Rocket Marketing dan juga melalui Momentum Roket Platform.

Beliau telah menghasilkan 6 buah buku rujukan dalam usahawan dan pemasaran digital, antaranya Buku Roket Emel, 4 Turbo Copywriting, Momentum Bisnes & yang terbaru, buku Buat Jer.Tahun 2019, beliau berjaya menamatkan pengajiannya dalam Master in Business Administration (MBA) dari Anglia Ruskin University.

Sekarang ini, beliau sedang menyiapkan Doctorate in Business Administration di Open University Malaysia.Dengan kepakarannya, beliau dipanggil oleh beberapa pihak seperti Maxis, SME Corp, OMNIA USB, INSKEN dan juga dari Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dalam membantu usahawan-usahawan dari pelbagai industri untuk berkongsi tentang Online & Digital Marketing.