MRoket Help Center

Bil & Pembayaran 

Berapakah kos langganan Momentum Roket?

Mulakan langgan secara percuma - anda hanya perlukan alamat e-mel. Sertai Momentum Roket untuk akses penuh kepada lebih banyak kelas, dengan ciri lain seperti sari kata, transkrip, faedah dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga keahlian lawati Payment pageJika anda ahli sedia ada, log masuk terus ke akaun anda, lawati halaman Pembayaran anda untuk melihat harga semasa anda.

Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik untuk pembayaran keahlian Momentum Roket saya?

Sekiranya anda telah menamatkan keahlian anda, Momentum Roket tidak menawarkan bayaran balik untuk pembayaran keahlian bulanan dan mahupun tahunan. Anda hanya akan dapat mengakses penuh selama baki bulan langganan anda, ia terpakai untuk langganan tahunan sahaja. Manakala, langganan bulanan ia boleh diakses sehingga tarikh pemotongan seterusnya. 

Bagaimanakah cara saya membeli keahlian Momentum Roket?

Buat akaun Momentum Roket untuk mendaftar keahlian secara PERCUMA, percubaan selama 7 hari. Tebus SEKARANG!. Apabila anda mendaftar dan melanggan, anda akan mempunyai akses tanpa had kepada semua kelas Momentum Roket. Anda boleh membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa atau sebelum langgan PERCUBAAN tamat.

Bentuk pembayaran yang kami terima adalah : 
  • Visa
  • MasterCard


Anda juga boleh melanggan keahlian Momentum Roket melalui gedung aplikasi Gmail, Facebook, Twitter, LinkediN, dan Apple. Namun buat masa ini, kami tidak lagi menerima pembayaran melalui aplikasi yang tersebut diatas. Segala pembayaran hanya melalui Momentum Roket sahaja.

Bagaimanakah cara membatalkan keahlian Momentum Roket saya?

Anda boleh membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa dengan mengikut arahan di bawah. 
  • Jika anda memulakan keahlian anda atau mendaftar untuk PERCUBAAN percuma di tapak web kami, anda perlu melawati www.momentumroket.com dari pelayar web desktop untuk membatalkan langgan anda, navigasi ke halaman Akaun anda. Anda akan menemui butang Batal Langganan.
Jika anda memilih untuk meneruskan, halaman akan memaparkan butang untuk Pengaktifan Semula pilihan pelan langganan yang sama atau pilihan untuk memilih satu lagi dengan mengklik pada Tukar (jika tersedia).
  • Jika anda mendaftar untuk akaun Momentum Roket untuk Team Membership, akaun anda tertakluk pada syarat pembatalan dalam perjanjian yang anda ada dengan Momentum Internet Sdn Bhd sebagai usahawan yang kami bimbing. Sila hubungi atau whatsapp pengurusan Platinum & Ultimate anda yang berdedikasi untuk mendapatkan sokongan.
Selepas anda membatalkan keahlian anda, akaun Momentum Roket anda akan aktif untuk baki hari yang telah anda bayar dan anda masih boleh mengemas kini projek kelas anda dan mengambil bahagian dalam perbincangan kelas.

Apabila keahlian anda tamat tempoh, anda akan kehilangan akses kepada video kelas anda dan sebarang kelas yang telah ditonton yang disediakan oleh guru pada penghujung tempoh pembayaran semasa anda dan keahlian anda tidak akan diperbaharui. Anda boleh kembali pada bila-bila masa. Langkah-langkah untuk membatalkan keahlian anda akan berbeza-beza berdasarkan kaedah pembayaran anda.

Pusat Bantuan

Dapatkan bantuan dengan segera cara mengurus langganan dan keselamatan akaun anda

Garis Panduan Komuniti

Garis Panduan Komuniti kami melindungi guru dan pelajar kami, ia merupakan nadi Momentum Roket.

Hubungi Kami

Perlukan bantuan? Hubungi salah satu pasukan kami.