MRoket Help Center

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah yang Momentum Roket tawarkan kepada anda?

Kami hanya menawar pakej MR Pro Membership sahaja buat masa kini. Anda boleh mengakses ke semua video yang terdapat dalam Momentum Roket dan video terkini akan di upload setiap minggu dengan sari kata, transkrip, faedah dan banyak lagi.

Bagaimanakah cara untuk membeli membership Momentum Roket? 

Buat akaun Momentum Roket untuk mendaftar keahlian secara PERCUMA. Kami hanya perlukan alamat e-mel dan no telefon sahaja. Lawati halaman membership untuk melihat harga semasa anda. Anda boleh membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa. 

Apakah kaedah pembayaran yang anda terima?

Kami menerima pembayaran dalam talian melalui kad kredit atau kad debit. Sila hubungi kami untuk maklumat terperinci, kami sedia membantu anda.

Adakah Momentum Roket ini mempunyai pelan percubaan?

Ya, pelan percubaan kami Percuma sahaja, ia akan tamat tempoh dalam masa 7 hari. Anda ada dialu-alukan untuk kekal menggunakannya selagi anda mahu. Ramai pelanggan kami memulakan pelan Percuma dan akhirnya mengembangkan perniagaan mereka dengan pantas. Oleh itu, walaupun anda mungkin mendapati bahawa pelan berbayar boleh membuka lebih banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan, anda pastinya tidak terlepas untuk menikmati pelan Percuma. Pembayaran akan mula ditolak dari akaun bank anda secara automatik selepas 7 hari percubaan tamat.

Bagaimanakah saya boleh membatalkan keahlian Momentum Roket saya?

Anda boleh membatalkan pada bila-bila masa yang anda mahu dan memperbaharui keahlian anda jika anda memutuskan untuk kembali bersama kami. Jika anda memulakan keahlian anda atau mendaftar untuk percubaan percuma di tapak web kami, anda perlu melawati www.momentumroket.com dari pelayar web desktop untuk membatalkan keahlian anda.
Langkah-langkah untuk membatalkan keahlian anda akan berbeza-beza berdasarkan kaedah pembayaran anda, lihat Bagaimana cara membatalkan keahlian Momentum Roket saya untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik untuk pembayaran keahlian Momentum Roket saya?

Sekiranya anda telah menamatkan keahlian anda, Momentum Roket tidak menawarkan bayaran balik untuk pembayaran keahlian bulanan dan mahupun tahunan. Anda hanya akan dapat mengakses penuh selama baki bulan langganan anda, ia terpakai untuk langganan tahunan sahaja. Manakala, langganan bulanan ia boleh diakses sehingga tarikh pemotongan seterusnya. 

Adakah Momentum Roket terdapat di aplikasi IOS & Android?

Anda boleh mengakses aplikasi  kami di IOS mahupun Android. Download sahaja aplikasi kami di Apple Store dan Playstore dan boleh gunakan sekarang.

Pusat Bantuan

Dapatkan bantuan dengan segera cara mengurus langganan dan keselamatan akaun anda

Garis Panduan Komuniti

Garis Panduan Komuniti kami melindungi guru dan pelajar kami, ia merupakan nadi Momentum Roket.

Hubungi Kami

Perlukan bantuan? Hubungi salah satu pasukan kami.